Artikel yang ditulis oleh Dr. Carol Kinsey Gomon ini membincangkan mengenai perbezaan komunikasi antara generasi. Menurut Dr.Carol terdapat 4 jenis generasi yang berbeza iaitu generasi pertama Generasi Veteran yang lahir pada 1927-1945. Generasi ini merupakan generasi pada Zaman Perang Dunia Pertama yang juga dikenali sebagai Generasi Senyap.Ini kerana struktur organisasi pada masa itu menggunakan kuasa hirarki yang berat di mana seseorang itu hanya layak bercakap sekiranya berada pada 'ranking' tertentu. Komunikasi pada masa itu dikawal oleh status. Pada tahun 1946-1964,lahirlah generasi BabyBoomers dimana pada tahun tersebut berlaku peningkatan kadar kelahiran kerana peningkatan kadar ekonomi di banyak negara dan diikuti Perang Dunia Kedua.Ditempat kerja,generasi ini menganggap yang hanya majikan mereka yang layak menentukan apa yang terbaik untuk mereka dan syarikat. hal ini mungkin terjadi kerana tahap akademik mereka yang rendah jadi mereka tidak berani menyuarakan pendapat yang sepatutnya. Seterusnya lahirlah Generasi X iaitu generasi yang lahir pada tahun 1965-1983,dimana ditempat kerja generasi ini masih menyetujui segala yang ditetapkan oleh majikan tetapi akan menyuarakan pendapat sekiranya terdapat perkara yang perlu diubah.Manakala pada tahun 1984 sehingga kini pula lahirlah generasi Y. Menurut Dr. Carol generasi ini adalah generasi yang menggerakkan dari 'passive' atau 'pushing' communication kepada 'active' atau 'pulling' communication.
Generasi Y perlu aktif dan agresif dalam penglibatan penerimaan maklumat kerana generasi ini mudah hilang
minat ditempat kerja. Tidak seperti generasi lama,generasi ini sudah didedahkan dengan teknologi dari usia yang muda,mereka telah diminta dan diajar untuk meluahkan pendapat jadi ditempat kerja mereka tidak akan hanya menunggu arahan tetapi akan terus menemui ketua mereka dan meluahkan pendapat mereka. menurut Dr. Carol lagi,generasi Y lebih cenderung untuk berkomunikasi menggunakan teknologi berbanding generasi lama yang kebanyakannya lebih suka berkomunikasi secara bersemuka.
Monday, July 27, 2009
Artikel 'Convergence of Voice and Data Telecommunication Transmissions'
Artikel yang ditulis oleh Bob Cullen membincangkan mengenai peralihan yang berlaku di dalam telekomunikasi suara dan data. Ini dibuktikan dengan syarikat-syarikat komunikasi gergasi kini yang masing-masing berlumba untuk meningkatkan taraf kelancaran dan kemampuan talian telekomunikasi yang sedia ada.Itu kita dapat melihat dengan melihat revolusi yang berlaku pada penggunaan talian telefon tetap atau telefon rumah dengan penciptaan penggunaan telefon tanpa wayar. Kemudian penggunaan talian internet yang kita perlu mengaksesnya menggunakan melalui talian telefon tetap kini boleh terus mengaksesnya dimana-mana sahaja dengan lebih pantas dan mudah. Syarikat-syarikat telekomunikasi ini saling bersaing untuk menjadi yang terbaik dengan membuat pelbagai aplikasi yang canggih dan terkini. Contohnya Mikrosoft yang telah mengumumkan untuk menyertai satu penyelidikan bagi penggunaan internet bagi generasi akan datang iaitu akan dikenali dengan nama Internet 2 yang bakal disertai 150 universiti.15 major syarikat swasta termasuk IBM,AT & T dan Motorola. Mereka ingin menbina talian internet yang mampu memindahkan data 1000 kali lebih pantas berbanding talian yang digunakan pada hari ini. Sememangnya dunia kita akan semakin canggih hari demi hari. Selain itu juga Menurut Bob lagi,kita sememangmya teruja dengan dunia komunikasi tanpa wayar ini, seperti kita dapat memeriksa jadual penerbangan,dana simpanan,pasaran saham malah sama ada pasukan kegemaran kita dapat masuk ke perlawanan akhir atau tidak dengan hanya kuasa dihujung jari sahaja. Begitu canggihnya dunia kita pada hari ini bukan?
Artikel 'Communication Technology Keeps Getting in the Way of Communication'
Artikel yang ditulis oleh Helen Walkie ini membincangkan mengenai teknologi komunikasi yang menjadi sebahagian cabang untuk kita berkomunikasi. Menurut Helen,kebanyakkan masyarakat kita pada hari ini bergantung kepada teknologi untuk berkomunikasi walaupun berada di bawah bumbung yang sama,hal ini kerana ia dapat menjimatkan masa dan juga tenaga kerana tidak perlu bersusah payah berjalan untuk pergi berjumpa dengan seseorang walaupun mungkin orang itu hanya berada di bilik sebelah. Namun adakah kita pernah terfikir apakah kesan penggunaan teknologi ini diatas hubungan itu?Helen telah menebual seorang CEO yang juga seorang Presiden sebuah syarikat major teknologi komunikasi.Menurut beliau,terdapat sedikit perkara yang membimbangkan dengan penggunaan teknologi ini kerana apabila penghantaran maklumat disampaikan oleh pekerjanya menggunakan teknologi ini beliau tidak dapat merasa nada ataupun aliran perasaan yang ingin disampaikan oleh pekerja tadi dan itu boleh menyebabkan berlakunya salah faham di dalam komunikasi tadi. Dan ia seterusnya boleh menjejaskan kualiti kerja masing-masing. Memang benar,teknologi dapat merapatkan sesuatu hubungan yang jauh namun ia juga dapat merenggangkan sesuatu hubungan yang dekat jaraknya sekiranya ia tidak digunakan dengan bijak.Itu hanyalah sedikit kesan yang dapat kita lihat apa yang terjadi pada masyarakat kita pada hari ini,tetapi apa yang mampu kita buat? Itulah harga yang perlu dibayar bagi sebuah kemajuan tetapi seperti menurut Helen,kita tidak boleh menyalahkan teknologi tersebut tetapi salahkan si penggunanya. Benar kerana akal terletak pada si pengguna terbabit jadi kita yang perlu mengawal teknologi tersebut dan bukannya teknologi itu yang mengawal kita iaitu manusia.
Artikel 'The Digital Ages Of Man'
Artikel yang ditulis oleh Richard Naish ini membincangkan mengenai perubahan teknologi mengikut arus masa. ia adalah antara Digital Natives Learners(DN learners) dan Digital Immigrant Teachers (DI teacers). menurut artikel tersebut pembelajaran teknologi kini semakin canggih,mereka boleh mencari maklumat untuk bahan tugasan sambil berchatting bersama teman-teman alam maya,manonton Youtube dan menghantar pesanan ringkas melalui telefon bimbit mereka.betapa mudahnya hidup generasi masa kini ataupun boleh dikenali dengan nama Generasi MTV. melalui pembelajaran DN learners,penerimaan maklumat akan berlaku dengan lebih pantas dan tanpa batasan.Berbanding dengan DI teachers yang lebih penerimaan maklumatnya lebih perlahan dan dikawal oleh sumber maklumat yang terhad.Ini menjelaskan yang sistem pembelajaran kini mengikut arus kemodenan yang semakin canggih,generasi akan datang juga akan lebih maju setara dengan perkembangan teknologi komunikasi pada masa hadapan dan DN learners juga akan hilang kecanggihannya apabila teknologi komunikasi yang lebih hebat dan canggih dicipta. Itulah putaran hidup dunia.
'Facilitating Long Distance Relationship Between Malaysia Grandparent and Grandchildren Living In the UK through Computer Mediated Communication'
Jurnal yang ditulis oleh Nazean Jomhari dan Sri Hastuti Kurniawan ini menkaji bagi melihat cara memudahkan hubungan jarak jauh antara datuk dan nenek di Malaysia dan cucu yang tinggal di UK melalui media komunikasi komputer. Dalam Model Hirarki Keperluan Maslow juga turut mengutarakan selepas keperluan psikologi dan keselamatan dipenuhi tahap ketiga keperluan manusia ialah sosial. Ia termasuk emosi berdasarkan hubungan am,persahabatan,hubungan intim atau sokongan dan komunikasi keluarga. Menurut kajian yang telah dibuat, kemungkinan dalam 40 tahun akan datang majoriti orang-orang tua akan mempunyai talian internet di rumah. dan ini akan mengubah cara berkomunikasi antara datuk nenek dan cucu mereka yang berada yang diluar negara pada masa hadapan. Ini juga boleh meningkatkan peratus rakyat malaysia untuk melanjutkan pelajaran untuk tahap yang lebih tinggi di luar negara kerana mereka masih boleh berkomunikasi secara kerap dengan orang tua mereka walaupun berjauhan
Artikel 'Highly-Cherished'
Artikel yang ditulis oleh Sharmila Nair ini menceritakan mengenai keghairahan anak remaja masa kini dengan gadjet canggih mereka. Antara gadjet itu seperti laptop,handphone,Ipod,playstation, PDA dan lain-lain. Menurut para remaja ini mereka tidak boleh hidup tanpa teknologi ini semua kerana boleh dikatakan segala aktiviti harian mereka bergantung pada alatan ini semua. Tidak dinafikan dengan penggunaan alatan teknologi ini menjadikam hidup kita lebih mudah seperti menurut seorang pelajar kolej yang ditembual iaitu Eddie Goh yang mengaku dia tidak boleh hidup tanpa laptopnya yang dibeli dengan harga Rm4,400 itu. Menurut Eddie sebagai seorang pelajar laptopnya memainkan peranan penting bagi dia menyelesaikan tugasan yang diberikan dan ia juda mudah dibawa kemana-mana.Bagi Pearl Chew,18 pula yang juga memiliki sebuah laptop dia menggunakannya untuk mencari bahan tugasan secara online selain itu juga dia menggunakannya untuk mendengar muzik dan berchatting bersama teman online.Memang benar segala gadjet ini banyak kegunaannya namun jika ia disalah guna ia boleh mendatangkan mudarat pada diri. sekiranya para remaja ini masing-masing berlumba-lumba untuk menukar gadjet yang terkini dan tercanggih,bukankah itu sudah membuang duit dan menyusahkan ibubapa masing-masing. jadi pada ibubapa haruslah sentiasa mengawasi gerak geri anak-anak supaya tidak melampaui batas dan di luar jangkauan mereka
Butir-butir diri saya
Nama : Nurul Hanis Bt Miserang
Jurusan: Ijazah Sarjana Muda Komunikasi
No Matrik: 120139
Tempat Tinggal : Ipoh,Perak
Bidang Pekerjaan : Perkhidmatan
Semester: 4
Impian: Mahu grad dengan result kelas Pertama.insyaAllah..
Jurusan: Ijazah Sarjana Muda Komunikasi
No Matrik: 120139
Tempat Tinggal : Ipoh,Perak
Bidang Pekerjaan : Perkhidmatan
Semester: 4
Impian: Mahu grad dengan result kelas Pertama.insyaAllah..
Subscribe to:
Posts (Atom)